Jumaat, Disember 16, 2011

Perasaan yang sangat bermakna.

Assalamualaikum.
Cinta. Sesuatu perasaan yg sukar dilihat, namun dapat dirasa. Namun, tak semua cinta yang sebenar boleh dirasai. Hanya orang yang benar2 ikhlas dan tulus sahaja yang dapat merasakannya. Namun, tak semua yang dapat memiliki cinta akan menghargainya. Lumrah manusia, sebelum memiliki cinta, hati akan sentiasa mencari cinta. Hati akan terasa kosong tanpa cinta. Hati akan terasa sepi tanpa perasaan cinta, dan hati akan mula kepingin untuk memiliki cinta seperti insan yang lain. Namun, saat cinta telah dimiliki, cinta telah diperolehi, ramai yang gagal untuk mempertahankannya. Kenapa? Kerana bukan mudah untuk menjaga satu perasaan yang sangat agung di hati, iaitu cinta. Cinta adlah seperti bayi yang baru dilahirkan, bersih, suci, dan murni tanpa sesuatu yang mencacatkannya. Hanya sepasang hati yang akan mencorakkan cinta, samaada dengan warna2 yang terang dan ceria ataupun warna yang kelam dan pudar. Namun, kebanyakkan hati yang memiliki cinta, hanya segelintir yang akan menjaganya dengan setulus hati, mungkin antara dua pihak yang berkongsi rasa cinta itu, hanya seorang sahaja yang benar2 dapat merasakan cinta yang sebenarnya. Bukan mudah sebenarnya untuk memiliki cinta ini, cinta hadir tanpa kita sedar, cinta hadir tanpa kita paksa dan akhirnya kita akan menyedari yang kita memiliki cinta saat kita kehilangannya. Kadang2, cinta juga akan membuat sekeping hati merana, sekeping hati itu terluka, sekeping hati itu terseksa, dan segalanya adalah dugaan yang perlu ditempuhi oleh sekeping hati itu saat memiliki cinta. Untuk memberikan kita kekuatan untuk menghadapi dugaan yang diberi Allah s.w.t kerana kita meminjam perasaan cinta yang adalah hak miliknya itu.Untuk menjadikan kita layak untuk memiliki perasaan cinta itu. Dan untuk menyedarkan kita bahawa kita adalah hambanya, yang lemah dan memerlukan pertolonganNYA. Semoga, satu hari nanti, aku dapat memiliki cinta yang aku perlukan dalam hidupku, dan semoga aku diberi kekuatan olehNYA untuk mempertahankan dan menghargai cinta yang dipinjam dariNYA untukku. Amin....

5 talkkkk:

sab

cinta tidak kejam..manusia yang menzalimi cinta tersebut..tabahkan hati wahai sayang.. cinta pasti akan hadir satu hari nanti.. :')

aLieF si Muncung ManiS

waahhhh.....cinta yang paling indah ialah cinta lepas kahwin...:D

mohdhazlan Dreadlock

semoga kau bertemu cinta sejati mu..:)

zoul

cinta itu datang dan pergi. tapi cinta pada Nya adalah yang hakiki. insyaallah dia akan beri petunjuk kearah cinta yang abadi pada pasangan anda :P

Adila Saidi

semoga satu hari nnt dapat cinta yg dicari :)